Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Kekal Fokus Dan Tenang!”

KUALA LUMPUR - "Kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, perjalanan anak-anak...

PAS Akui Negara Perlukan...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui kerajaan bukan sengaja mahu membawa masuk pekerja asing...

Anwar Ibrahim Jadi Kurus,...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tahap kesihatan pemimpinnya, Datuk Seri...

Bangunan Kilang Runtuh, 16...

SEBUAHƃā€šĆ‚Ā bangunan kilang yang sedang dibinaƃā€šĆ‚Ā runtuh di Pakistan dan telah menyebabkan 16 orang buruh...

ASEAN Akan Main Peranan Penting Dalam Ekonomi Dunia

KUALA LUMPUR – ASEAN, dengan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencecah US$4 trilion menjelang 2020, akan memain peranan yang lebih ketara dalam ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerjasama dan integrasi ASEAN bakal menyaksikan ekonomi bernilai US$2.5 trilion setahun serta perbelanjaan US$7 trilion ke atas infrastruktur, seperti yang diunjurkan pada Sidang Kemuncak CEO ASEAN Cap 10 Februari lepas.

“Angka ini sangat menakjubkan dan ia menunjukkan sejauh mana kita mampu capai untuk rantau ini,” kata Perdana Menteri dalam ucaptama pada persidangan pelabur institusi, Invest Malaysia 2015, di sini hari ini.

Najib berkata 2015 merupakan tahun bersejarah untuk ASEAN, dengan kesemua negara anggota mengisytiharkan penubuhan Komuniti Ekonomi, wawasan untuk kemajuan bersama ASEAN sebagai sebuah rantau.

“Memang tepat untuk Malaysia mengetuai, dan kita sudah membuktikan kepimpinan kita,” katanya.

Najib berkata sudah terdapat banyak multinasional ASEAN yang dibangunkan sendiri di Malaysia berbanding negara lain di rantau ini, dan berkata tiga daripada 10 bank pelaburan terkemuka ASEAN, menjadikan Malaysia sebagai pusat mereka.


Beliau berkata Bursa Malaysia juga merupakan pemacu utama dan pengasas Bursa ASEAN, usaha sama antara tujuh bursa saham yang mempromosi dan meningkatkan serta mengharmonikan kemasukan modal rentas sempadan ke rantau ini.

Mengenai halangan perdagangan dan tarif, Najib berkata sudah menjadi matlamat ASEAN untuk memastikan bidang kerjasama bukan tarif kekal kompetitif dan pasaran mencatat eksport yang lebih tinggi.

Dalam negara, Najib berkata kerajaan komited memastikan Malaysia kekal sebagai pasaran paling terbuka dan telus bagi pelabur ASEAN dan antarabangsa.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori