Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan...

GEORGE TOWN - Lima nelayan Indonesia yang menangkap ikan di perairan negara ditahan...

6 Maut, 9 Cedera...

ANKARA - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera akibat serangan udara...

Kerajaan Minta UNHCR Henti...

ALOR SETAR - Malaysia meminta pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian...

Pemimpin Lama Sanggup Guna...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seorang pemimpin lama sanggup guna taktik hasut...

#ASEAN: Najib Lancar Saluran Perjalanan ASEAN, GOASEAN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan GOASEAN, saluran perjalanan pertama yang memfokuskan ASEAN, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

GOASEAN bermatlamat mencungkil keindahan tersembunyi setiap negara anggota ASEAN dan mengetengahkannya sebagai khazanah tunggal untuk diteroka.

Saluran ini dijangka meningkatkan pertumbuhan industri perjalanan, mempromosi perjalanan sesama ASEAN dan meningkatkan rasa cinta ke atas tarikan santai yang dimiliki ASEAN.

Saluran itu juga bertujuan menjadikan ASEAN sebagai model destinasi pelancongan tunggal selepas kejayaan Eropah.


Saluran 24/7 itu akan memulakan siaran di Saluran 737 Astro Jun ini dan kemudiannya dikembangkan ke platform lain termasuk televisyen protokol Internet, terus ke rumah, digital dan mudah alih.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN dianggotai 10 negara yang terdiri daripada Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand and Vietnam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori