Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Keluarga Masih Berharap ‘Aca’...

MUAR - Anggota keluarga Mohd Akashah Azizan, 25, seorang daripada 14 kru kapal...

Mawar Rashid Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat pasangan, Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang telah selamat diijabkabul...

Mahkamah Benarkan Syed Saddiq...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk...

Mekanik Ferrari Patah Kaki...

SAKHIR - Perlumbaan Formula Satu memasuki pusingan keduanya di Litar Antarabangsa Bahrain, di...

Asus VivoWatch, Jam Pintar Dengan Masa Bertahan 10 Hari

ASUS ZenWatch telah pun diperkenalkan oleh Asus pada tahun lepas, yang mana merupakan jam tangan pintar berasaskan Andoird Wear daripada mereka.

Malangnya, jam tangan pintar tersebut tidak memasuki pasaran tempatan, dan Asus mengatakan akan membawa masuk versi seterusnya ke pasaran tempatan.

Nampaknya, mereka tidak melengahkan-lengahkan keluaran terbaru jam pintar selepas ZenWatch.

Baru-baru ini, Asus memperkenalkan variasi terbaru jam tangan pintar dari mereka.

Kini kelihatan mereka sedang menyiapkan sebuah produk baru dinamakan sebagai VivoWatch.

Memandangkan ia tidak menggunakan jenama “zen”, maka ia masih menjadi tanda tanya sama ada ia akan menggunakan sistem operasi berasaskan Android Wear, atau sistem operasi tersendiri daripada Asus.


VivoWatch ini dikatakan akan memfokuskan lebih kepada kecergasan, dan menariknya menawarkan masa penggunaan sehingga 10 hari lamanya.

Dengan fokus terhadap kecergasan juga, jam ini dijangka akan dilengkapi sokongan kalis air.

Maklumat lanjut mengenai jam tangan pintar ini masih samar-samar, dan Asus dijangka akan berkongsi lanjut mengenainya berkemungkinan seawal esok.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: ENGADGET

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori