Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lagi Letupan Bom Gegar...

ANKARA - Seramai 13 askar maut dan 55 lagi cedera selepas sebuah bom...

Rempuhan Trak: 4 Maut,...

STOCKHOLM - Polis melancarkan operasi skala besar bagi memburu pemandu trak curi yang...

4 Pengedar Dadah Antara...

SEMPORNA - Empat pengedar antara 105 individu yang ditahan polis atas kesalahan dadah...

Peruntukan Sabah Meningkat Sejak...

KOTA KINABALU - Peruntukan untuk membangunkan Sabah telah meningkat sejak Datuk Seri Najib...

Asyik Dikritik Tembam, Almy Nadia Nekad Jaga Badan

ALAHAI, simpati sungguh kami akan nasib pelakon Almy Nadia yang tidak henti-henti dikritik oleh peminat gara-gara perubahan fizikalnya sejak mengandung hinggalah melahirkan anak sulung, Nur Afrina Arianna.

Meskipun, Fizz Fairuz pernah meluahkan rasa tidak kisah tentang keadaan fizikal isterinya namun Almy nekad untuk menurunkan berat badan berikutan tertekan dengan kutukan peminatnya.

 Majlis Cukur Jambul Anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia.
Majlis Cukur Jambul Anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

“Saya mengandung dulu memang berat badan naik mendadak. Memang ‘over weight’. Jadi nak turunkan ke berat asal itu memang sukar.

“Tapi saya tetap nak kurus balik. Saya tak nak kena kutuk disebabkan badan besar. Ketika ini saya memang tak berlakon dan sibuk jaga anak selain nak kecilkan badan,” kata Almy.


Pada masa yang sama, pelakon yang pernah membintangi drama Dunia Baru ini akui, kini lebih menjaga pemakanan dan banyak lakukan senaman.

Diharap Almy tidak terlalu menyeksa diri dan moga impian Almy mahu kembali kurus tercapai. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori