Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tanah Runtuh Di Tapak...

GEORGE TOWN - Kemungkinan berlaku insiden tidak diingini di tapak kejadian tanah runtuh...

Selepas Mirzan, Mokhzani Pula...

KUALA LUMPUR: Selepas Mirzan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu, kini...

Saringan PABM 2015: Peserta...

BANGI - Peringkat saringan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015...

Hasil GST Adalah Untuk...

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah pelaksanaan Cukai Barang...

Australia Akan Desak Siasatan Jenayah Ke Atas Nahas MH17

MELBOURNE – Australia akan meminta Ukraine melakukan siasatan jenayah yang rapi untuk mencari dan menghukum mereka yang
bertanggungjawab ke atas nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17, Julai lepas, menurut akhbar The Australian.

Akhbar itu melaporkan Menteri Luar Australia Julie Bishop yang menghadiri satu persidangan global keselamatan-siber di Netherlands, membincangkan tragedi MH17 bersama rakan sejawatnya dari Netherlands dan Ukraine.

Laporan itu berkata Menteri Luar Ukraine, Pavlo Klimkin memberitahu Bishop negaranya melakukan segala yang mungkin untuk mengesahkan punca pesawat itu terhempas dan mendapatkan mayat dua penumpang Belanda yang masih disenaraikan hilang.

Akhbar itu berkata Bishop juga telah bertemu Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

“Beliau mengatakan tragedi itu masih merupakan isu yang sangat menyentuh emosi di Netherlands,” kata Bishop seperti yang dipetik akhbar itu.


Menjelang ulang tahun nahas itu pada 17 Julai, tumpuan akan dipertingkatkan ke atas siasatan teknikal dan laluan pendakwaan yang bakal diambil, katanya.

Menurut laporan akhbar itu, dua isu yang masih belum selesai ialah laporan teknikal nahas yang dijangka selesai Oktober ini dan siasatan jenayah. – BERNAMA

https://youtu.be/2_UgjNkUjvU

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori