Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sabah Beri Jaminan Pastikan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah memberi jaminan akan terus komited untuk memastikan kestabilan...

Ahmad Husni Hadir Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan...

Proses Keluarkan Serpihan Selesai...

SEMENYIH - Proses mengeluarkan serpihan helikopter yang terhempas di sini, dijangka selesai dalam...

Roller Coaster Terkeluar Rel,...

SEPULUH mangsa dilaporkan cedera apabila beberapa gerabak roller coaster yang dinaiki di sebuah...

Awie Gagal Tuntut RM1 Juta Dari Rozana Misbun

MAHKAMAH Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam menolak permohonan pelakon dan penyanyi, Awie bagi membatalkan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun.

Keputusan ini sekaligus mengagalkan hasrat Awie untuk menuntut RM1 juta daripada isterinya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman selaku pemohon dalam tuntutannya mahu pihak responden iaitu Rozana menanggung kos dan membayar ganti rugi atas dakwaan fakta-fakta yang tidak benar dan tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, keinginan Awie untuk mendapatkan semula hak jagaan ketiga-tiga anaknya gagal.

Anak-anak berkenaan adalah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini iaitu Muhammad Fathi Saleh.


Mengulas mengenai keputusan mahkamah, Rozana meluahkan rasa syukur apabila hak jagaan anak-anak dikekalkan kepadanya meskipun anak sulungnya, Putra Ahmad Merah yang berusia lapan tahun dalam jagaan Awie dan tidak diserahkan kepadanya.

“Alhamdulillah sahaja yang mampu saya ucapkan ketika ini apabila mahkamah mengekalkan hak penjagaan sementara itu kepada saya.

“Saya yang melahirkan mereka dan tiada kata dapat digambarkan perasaan saya biarpun Merrah tidak bersama saya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori