Multan (Pakistan) – Seorang suami dan bapanya ditahan selepas mereka membakar isteri lelaki itu kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran.
Muhammad Siddique berang selepas mengetahui isterinya Shabana Bibi, 25, melawat adik perempuannya tanpa meminta kebenarannya, kata abang mangsa Muhammad Azam.
Siddique dan bapanya kemudian memukul Shabana sebelum menyimbah petrol dan membakarnya di daerah Muzaffargarh, tengah Pakistan, Jumaat lalu.
Pasangan itu berkahwin tiga tahun lalu.
Menurut Azam, sepanjang tempoh itu adiknya sering dipukul kerana kegagalannya untuk hamil.
Kejadian itu menyebabkan 80 peratus badan Shabana melecur. Dia meninggal dunia, kelmarin.
“Kami menahan suami dan bapa mentua mangsa. Mereka didakwa membunuh dan melakukan keganasan,†kata Ketua Polis Daerah Rai Zameer-ul-Haq.
Tuduhan ‘keganasan’ biasanya dibuat untuk mempercepatkan perbicaraan. – Agensi
https://www.youtube.com/watch?v=AMXpDbprxdQ