Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Lepas Dan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini melepas dan membebaskan bekas...

Hong Leong Sedia RM2.5...

KUALA LUMPUR - Hong Leong Bank Bhd. memperuntukkan RM2.5 bilion untuk membangunkan perusahaan...

Michelle Yeoh Menang Pelakon...

HOLLYWOOD : Pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Pelakon Wanita...

Kerajaan Harus Perhalusi Keputusan...

KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan...

Nenek Bancuh Serbuk Coklat Tamat Tempoh 25 Tahun Lalu

VICENZA – Seorang nenek hampir meracun seluruh anggota keluarganya apabila dia membancuh minuman serbuk coklat yang telah tamat tempoh sejak 25 tahun lalu secara tidak sengaja.

Ia menyebabkan nenek itu, Rosetta, 77, bersama suami, cucu dan dua kawan cucunya yang berusia antara sembilan dan 12 tahun, terpaksa dibawa ke unit kecemasan selepas muntah.

Salah seorang daripada budak-budak berkenaan terpaksa dirawat selama 20 hari di hospital.

Perkara sebenar hanya diketahui apabila pihak berkuasa melihat pembalut minuman coklat terbabit yang telah tamat tempoh pada 1990.

Rosetta membeli serbut coklat dalam bungkusan kecil itu pada penghujung 80-an, ketika Tembok Berlin masih kekal utuh, protes Dataran Tiananmen masih berlaku serta Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain.


Dia terlupa membuang serbuk coklat itu dan kemudian membancuhnya selepas cucunya meminta air coklat panas untuk dimunum.

Meskipun kejadian itu satu kemalangan, namun nenek berkenaan dituduh menyebabkan kecederaan.- MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • nenek

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori