Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 17 Juta Populasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 54.1 peratus atau 17,653,079 individu daripada keseluruhan populasi di...

‘Raja Muda’ Amal Ritual...

KEMAMAN - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya mendapat gelaran 'Raja Muda' dari kerajaan...

Thailand Buka Semula Pusat...

BANGKOK: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan semua 50 pejabat daerah untuk menyediakan pusat...

Polis Nafi Bertindak Kasar...

JEMPOL - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anggota pasukan itu bertindak kasar...

Bayi 4 Tangan 4 Kaki Di India Dianggap Jelmaan Dewa Ganesha

NEW DELHI — Seorang bayi lelaki di India yang lahir tidak normal, dengan empat tangan dan empat kaki; berjaya menarik ribuan orang datang untuk melihatnya kerana dianggap sebagai jelmaan Dewa Ganesha.

Peristiwa ini berlaku di sebuah bandar kecil Dumri-Isri, negeri Jharkand dan doktor tempatan percaya bayi yang belum diberi nama itu kemungkinan merupakan pasangan kembar siam yang tidak berkembang secara penuh.

Namun, penganut Hindu datang berduyun-duyun ke kediaman bayi itu untuk ‘merayakan’ kelahirannya, malah mereka yakin bayi tersebut adalah kelahiran semula salah satu dewa suci dalam agama Hindu, Ganesha.

Bayi dengan situasi sama pernah dilahirkan di bandar Baruipar, India pada November tahun lalu. – Gambar hiasan

Baca : Bayi Punyai Empat Tangan & Kaki, Dianggap ‘Anak Dewa’

Menurut kepercayaan Hindu, Ganesha adalah salah satu dewa yang paling banyak disembah dalam agama tersebut serta sering digambarkan sebagai manusia berkepala gajah lengkap dengan belalai dan memiliki empat tangan.

Salah seorang penduduk yang datang untuk melihat kelahiran bayi itu ialah Kuntalesh Pandey dan dia mengaku sanggup datang dari desanya yang jarak sejauh 115 kilometer dari tempat kelahiran bayi tersebut.

“Ketika seorang kawan menunjukkan foto bayi itu kepada saya, pada awalnya saya anggap foto itu diedit, tetapi dia memastikan bahawa foto itu asli dan saya langsung datang untuk melihatnya,” ujar Pandey.


Arshid Ali Khan pernah menjadi tumpuan di India kerana memiliki ekor di punggung. – Gambar hiasan

Ini bukanlah kali pertama seorang bayi tempatan yang dilahirkan dalam keadaan tidak normal sehingga diyakini masyarakat Hindu di India sebagai ‘titisan’ salah satu dewa sembahan popular mereka.

Pada tahun lalu, seorang budak lelaki, Arshid Ali Khan, 13 tahun;  yang memiliki ekor di punggungnya sepanjang 18 sentimeter juga dianggap penduduk India sebagai jelmaan dewa kera atau disebut Hanuman.

Ekoran bimbang dengan populariti luar biasa masyarakat, remaja yang menetap di Nabipur, wilayah Punjab itu akhirnya memutuskan untuk membuang terus ekornya. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori