Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Direman, Bantu...

Kota Bharu : Pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian...

Isu Kuil: Polis Cari...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 28 orang saksi untuk...

KBS Tak Halang Atlet...

KOTA KINABALU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan menghalang mana-mana atlet...

Kenapa Pekebun Kecil Getah...

DUA pemimpin kanan PBB mengkritik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang meluluskan peruntukan...

Bayi Dilahirkan Tanpa Mata Tetap Jadi Kesayangan Ibu Bapa

South Wales – Meskipun dilahirkan tanpa mata, namun seorang bayi perempuan, Daisy tetap menjadi anak yang ditatang oleh keluarganya.

Malah ibunya, Danielle Davis, 24, tidak menyesal melahirkan Daisy meskipun doktor sebelum ini menasihatkannya menggugurkan kandungan selepas Daisy dikesan menghidap cyst di otak.

Menurut Davies, selepas dia melahirkan bayi berkenaan, mereka terkejut kerana mendapati Daisy tidak mempunyai mata, justeru dia tidak boleh melihat seumur hidup.

“Ia memang mengejutkan dan kami tidak pernah mengalaminya.
mata1

“Tapi Daisy amat menawan dan saya serta bapanya, Andrew tidak menyesal kerana memilih untuk menolak proses pengguguran yang dicadangkan oleh doktor,’’ katanya.

Menurut Davies, mereka mahu memberikan kehidupan normal kepada Daisy sama seperti kanak-kanak lain .


Malah Daisy juga boleh memakai cermin mata apabila usianya semakin dewasa.

Keadaan yang dialami oleh Daisy itu adalah disebabkan oleh penyakit Anophthalmia iaitu satu keadaan dimana bayi yang dilahirkan tidak mempunyai mata.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=0lFZ2FsgGXU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori