Tiada ada yang lebih sedih dan memilukan apabila melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan menderita kesakitan.
Apa yang diharap hanyalah moga si anak kembali seperti sedia kala.
Malangnya, kos perubatan bayi kecil yang baru berusia 43 hari ini terlalu tinggi dan tidak mampu dibiayai ibu bapanya.
Menurut seorang sumber, bayi yang bernama Cahaya Amanda ini menderita menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) iaitu genetik gangguan tisu perantara yang jarang berlaku.
Lebih menyedihkan, bayi malang ini tidak boleh memakai pakaian atau lampin kerana boleh memberi kesan kepada kulitnya.
Bayi ini kini dilaporkan sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Bagi yang ingin membantu bolehlah menderma menerusi nombor akaun CIMB milik Suziyana bt Jamaludin (Ibu) – 7614356444 atau boleh hubungi terus dengan Pn Suzy di 012-6344829. – MYNEWSHUB.CC