BAYI perempuan, Sapphyre Johnson dilahirkan tanpa kaki dan jari.
Sejak dari usia 3 bulan, dia sudah berulang-alik ke Hospital South Carolina, Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan dan pembedahan.
Baru-baru ini dia telah diberikan seekor anjing bernama Lt Dan ketika menerima rawatan di hospital itu.
Menurut ibunya, Ashley Johnson, mereka mendapat tahu pemilik haiwan itu telah menghubungi pihak hospital dua minggu lepas.
Pemiliknya mahu anjing yang menerima nasib yang sama itu membesar bersama-sama bayi itu.
Sebaik sahaja melihat gambar anjing itu, Sapphyre terus menyedari kaki anjing itu kudung sama sepertinya.
“Anjing ini memiliki kaki seperti saya,” kata Sapphyre.
Pemilik anjing memberikan haiwan itu kepada Sapphyre sebagai terapi diri.
Apabila Sapphyre tunjukkan kakinya yang kudung itu, lantas anjing tersebut juga mengangkat kakinya juga.
Sapphyre yang jatuh hati serta-merta terhadap anjing itu telah membawanya pulang pada isnin lalu.
Mereka kelihatan sangat serasi seperti sudah lama berkenalan.
Semoga Sapphyre membesar tanpa rasa terpinggir daripada kanak-kanak lain berkat bertemu seorang ‘rakan’ baru yang senasib dengannya.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=cJHxEk0BWuY