Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Shanghai Mula ‘Kurung’ Penduduk...

SHANGHAI: Penduduk Shanghai bergegas untuk membeli barangan runcit hari ini sebagai persediaan untuk...

AirAsia Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - AirAsia Berhad (AirAsia) membuat laporan polis berhubung kewujudan satu sindiket...

Polis Rampas Senjata Tiruan,...

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu merampas senjata tiruan dan beberapa barangan lain...

United Sambar Pemain Pertahanan...

MANCHESTER United berstuju dengan perjanjian untuk mendapatkan pemain pertahanan Benfica, Victor Lindelof. Lindelof menjadi...

Bayi Tiga Bulan Maut, Jatuh Dari Tingkat 2 Rumah Pengasuh

KEGEMBIRAAN sepasang suami isteri yang menanti selama sembilan tahun untuk memperoleh cahaya mata sulung berkecai apabila bayi lelaki mereka yang baru berusia tiga bulan mati selepas terjatuh dari rumah pengasuhnya di Kajang, petang semalam.

Bayi itu dipercayai terjatuh dari tingkat dua Pangsapuri Kenanga di Taman Sri Kantan bersama-sama anak pengasuhnya yang berusia enam tahun.

Budak perempuan terbabit mengalami kecederaan tetapi bayi itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

BACA JUGA: Budak Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City

Difahamkan, pengasuh berusia 41 tahun telah meninggalkan bayi tersebut bersama anak perempuannya untuk keluar sebentar menghantar anak lelakinya yang berusia 11 tahun ke sekolah agama.

Sebaik sampai ke rumah, pengasuh itu terkejut melihat rumahnya kosong lalu terus mencari anaknya dan bayi berkenaan sebelum menemui kedua-duanya terbaring kaku di tingkat bawah flat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ASP Ab Rashid Ab Wahad siasatan awal mendapati kemungkinan besar kedua-dua kanak-kanak itu terjatuh melalui tingkap di bilik utama unit kediaman terbabit.

“Siasatan awal menunjukkan mungkin budak perempuan itu telah memanjat baby cot untuk membuka tingkap dan pada ketika itu juga dia sedang mendukung bayi tersebut sehingga menyebabkan kedua-duanya jatuh tergelincir,” katanya.


Anak perempuan pengasuh terbabit dilaporkan patah tulang belakang dan pinggul sementara bayi itu meninggal dunia kira-kira 12 jam selepas kejadian berlaku.

Kes disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 disebabkan kecuaian.

– MYNEWHSUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Video Budak Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City

https://www.youtube.com/watch?v=gmVUz5gJ6fM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori