Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Skandal Tanah Ijok Dedah...

SEMALAM jutaan rakyat Selangor gempar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan...

Netizen Kutuk Penyebab Kematian...

KUALA LUMPUR - Pelbagai pihak melahirkan rasa sedih dan mengutuk tindakan pembantu warden...

Permaisuri Agong Terima Selempang...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum...

Penguasaan Kemahiran Teknikal, Vokasional...

TAIPING - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah penguasaan kemahiran teknikal...

Bekas Isteri Tun Ghafar Baba Fail Saman

KUALA LUMPUR – Bekas isteri allahyarham Tun Ghafar Baba, D. Heryati Abdul Rahim memfailkan saman terhadap pasangan suami isteri yang merupakan ahli perniagaan bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM1 juta berikutan pelanggaran perjanjian dalam pemilikan hartanah.

D. Heryati memfailkan saman tersebut pada 5 Februari lepas menerusi Tetuan Moghan & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Menerusi saman pemula, beliau menamakan Tan Sri Lau Ban Tin dan isteri, Puan Sri Mary Lee Siew Cheng sebagai defendan pertama dan kedua.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Keng menetapkan 21 Mei ini untuk mendengar permohonan kedua-dua defendan bagi membatalkan permohonan D. Heryati.

Dalam afidavit sokongan, D. Heryati mendakwa Lau dan Lee gagal memindahkan hak milik tanah seluas lapan hektar di Jelebu kepadanya berdasarkan perjanjian pada 20 Jun 2000.

D. Heryati mendakwa ketika itu beliau masih lagi isteri bekas timbalan perdana menteri itu dan memiliki saham bersama Ghafar dalam syarikat Zamrudvest Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan francais bagi ‘EON Dealer and Franchise’.

Katanya pada sekitar tahun 2000, beliau dan Ghafar bercadang menjual perniagaan syarikat tersebut kepada defendan pada harga RM300,000 namun ia tidak termasuk penjualan tanah di Jelebu (dimiliki syarikat terbabit), dan tanah itu perlu dipindah milik ke atas namanya sebaik sahaja geran individu dikeluarkan.


Bagaimanapun dakwa D. Heryati, berdasarkan rekod pejabat tanah, ia (tanah) telah dipindah milik kepada Lau pada 19 Februari 2004 dan pada 16 April 2013 atas nama Tengku Ramli Tengku Mohd Kamil.

Beliau menuntut supaya Lau memindahkan kembali hak milik tanah tersebut atau secara alternatifnya membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta.

Dalam afidavit jawapan yang difailkan pada 20 April lalu, kedua-dua defendan menyatakan bahawa D. Heryati telah memfailkan permohonan melebihi had masa dan D. Heryati perlu membuktikan kedudukan beliau dalam syarikat tersebut dahulu sebelum membuat tuntutan.

Menurut defendan, tanah itu juga tidak lagi menjadi hak miliknya kerana telah dipindah milik kepada Tengku Ramli, yang menjadikan tuntutan tersebut adalah sia-sia dan perlu dibatalkan.

Defendan mendakwa terdapat perjanjian antara pihaknya dan Ghafar sebelum ini yang membenarkan hartanah tersebut dipindah milik kepada Lau untuk menjelaskan hutang dan pampasan bayaran yang telah dibuat kepada syarikat tersebut.

“Hartanah tersebut sebenarnya milik syarikat Zamrudvest Sdn Bhd di mana saya telah mengeluarkan pinjaman kepada syarikat tersebut untuk membayar berbagai-bagai premium dan caj tanah. Saya atau isteri tidak berhak untuk memindah hartanah itu kepada D. Heryati kerana ia tidak dimiliki oleh kami,”, dakwa mereka dalam afidavit tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori