Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kes Positif Covid-19 Global...

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 155.46 juta kes.Ia berikutan...

Tuduhan Militan Rohingya Serang...

ISU penduduk Islam dituduh menyerang pos kawalan Tentera Myanmar bukan titik utama dalam...

Saksi Sahkan Derma RM2.6...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu saksi pembelaan kesembilan...

Top 10 Kanak-Kanak Paling...

SEKARANG ni tak payah tunggu dewasa dah kalau nak lihat kecantikan sebenar yang...

Bekas Pemimpin MTUC Sokong Penuh Kepimpinan Najib

PETALING JAYA – Bekas pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas presiden Tan Sri Zainal Rampak berkata beliau yakin Najib berpengalaman luas sebagai pemimpin sejak 1978 apabila dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos.

“Najib telah memegang beberapa portfolio dalam negara dan kami yakin pengalamannya serta kepakarannya dapat meningkatkan ekonomi negara,” katanya pada sidang media bersama bekas Timbalan Presiden MTUC Mohd Shafie BP Mammal dan bekas Naib Presiden MTUC Datuk Md Yusof Harmainshah di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat perlu memberi Najib sedikit masa untuk membuktikan keupayaannya dan semua bekas perdana menteri perlu memberi sokongan.


“Saya rasa daripada mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka lebih elok mengadakan perbincangan dan memberi pendapat secara tertutup,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori