Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Culik: K’jaan Diminta Segerakan...

SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu kerajaan persekutuan mempercepatkan...

Syarikat Pembinaan Didenda RM10,000...

PETALING JAYA - Sebuah syarikat pembinaan didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh...

Muhyiddin Angkat Sumpah Anggota...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota...

Harga Siling Penutup Mulut...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melihat semula harga siling penutup mulut dan hidung yang...

Bendung Kejadian Gangguan Seksual Kanak-Kanak

PUTRAJAYA – Keprihatinan dan sikap lebih berwaspada oleh ibu bapa dan keluarga haruslah dititikberatkan dalam menangani kejadian gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam kenyataan hari ini menyarankan agar ibu bapa, penjaga dan masyarakat supaya lebih memberi keutamaan kepada penjagaan kanak-kanak agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Beliau berkata demikian berhubung kes warga emas ditahan atas kesalahan gangguan seksual terhadap 11 kanak-kanak baru-baru ini.

“Saya terkilan dengan keadaan yang berlaku sekarang apabila orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak tidak berbuat demikian malahan menjadi perosak kepada kanak-kanak tersebut,” katanya.


Beliau berkata melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pegawai Pelindung di daerah akan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak tersebut serta ahli keluarga yang lain seperti perkhidmatan kaunseling untuk mengatasi trauma akibat kejadian yang menimpa dan lain-lain perkhidmatan sekiranya bersesuaian. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=xJBm5Dd8ccM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori