Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pecah Amanah: Identiti Sembilan...

PUTRAJAYA - Identiti sembilan individu di dalam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dikenal...

‘Ali Tinju’ Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom mengaku...

UMNO Dan PAS Boleh...

KUALA LUMPUR - "Mereka boleh cuba," kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Hanya Kuala Krai Catat...

KUALA LUMPUR - Hanya Kuala Krai di Kelantan masih mencatatkan bacaan suhu melebihi...

Beregu Lelaki Indonesia Kerah Tenaga Raih Terbuka Malaysia

PASANGAN beregu Indonesia Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan terpaksa mencurahkan segala kudrat untuk mengatasi gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, sebelum meraih gelaran beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia hari ini.

Selepas tumpas 14-21 kepada pasangan Lee Yongdae dan Yoo Yeon Seong di set pertama pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, gandingan Indonesia itu bangkit di set kedua untuk mencatat kemenangan 21-15.

Perlawanan semakin sengit pada set penentuan apabila kedua-dua pasangan saling meraih mata sehingga kedudukan terikat 20-20, sebelum beregu Indonesia itu menamatkan saingan dengan kemenangan 23-21 ke atas pilihan pertama kejohanan tersebut.

“Terima kasih atas sokongan padu penyokong di Malaysia. Sudah pasti saya gembira dapat sekali lagi menang kejuaraan kali ini apatah lagi kami berdepan jaguh nombor satu dunia,” kata Mohammad Ahsan.


“Kita terlalu terburu-buru untuk menamatkan perlawanan sehingga membuat kesilapan demi kesilapan. Tapi apabila sudah terikat 20-20 (pada set ketiga), ketika itu kita harus kuatkan mental.

“Kalau dilihat sebelum ini, pasangan Korea Selatan itu lebih banyak bertahan tapi mereka sudah menukar corak permainan dan berani melakukan serangan. Apa yang perlu kita lakukan ketika itu, bersiap sedia sahaja,” kata Hendra, bapa kepada pasangan kembar, Richele dan Richard.

Kejayaan menjulang kejuaraan tersebut membolehkan beregu Indonesia itu, yang pernah muncul juara Terbuka Malaysia 2013, membawa pulang hadiah wang tunai US$39,500 (RM143,184). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori