LUMRAH dunia, bila sudah popular maka gosip dan kontroversi mula menghimpit setiap selebriti. Kumpulan Bocey turut tidak terlepas.
Baru-baru ini, ketiga-tiga anggota kumpulan tersebut dikatakan telah mula lupa diri. Bocey juga didakwa menaikkan harga bagi mengadakan persembahan. Betul ke?
Yelah, semenjak mula mendapat perhatian selepas tamat program Bintang Mencari Bintang dan Maharaja Lawak Mega, kumpulan Bocey boleh dikatakan sedang menyaingi kumpulan lawak masa kini.
BERKAITAN: Sahut Seruan Kevin Zahri, Abam Bocey Nak Turunkan Berat 30KG
Namun, dakwaan tersebut dinafikan salah seorang ahlinya iaitu Abam.
Ujar empunya nama penuh Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27 ini, “Saya menafikan tuduhan terhadap kami malah setakat ini belum ada mana-mana pihak menyuarakan pendapat kami lupa diri.
“Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanya tentang isu ini.”
Tambahnya sebagai figura, dia dan ahli kumpulan lain iaitu Fad dan Achey sedaya upaya melayan kesemua peminat agar tiada pihak yang terasa hati.
Dalam laporan BH Plus, ketiga-tiga mereka turut memohon maaf andai ada perlakuan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Dalam kenyataan sama mereka berkata, tidak kisah andai ada antara ketiga-tiga mereka lebih menonjol dari yang lain kerana ia secara tak langsung turut membawa jenama Bocey.
Namun kalau difikir-fikirkan kembali, apa salahnya Bocey menaikkan sedikit harga persembahan mereka kerana rasional dengan kualiti lawak dan populariti mereka sekarang kan?
Analoginya mudah, takkanlah anda nak gaji yang sama walaupun punya banyak pengalaman?
– MYNEWSHUB.CC
Lawak Bocey Bersama Yassin Senario Di ABPBH2014