Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Hilang! Noorkumalasari Lega,...

KECOH jadinya dunia hiburan hari ini apabila satu laporan dari media Singapura menyatakan diva popular,...

BERSATU Akan Bincang Isu...

PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan membincangkan isu penahanan Ahli Dewan...

Ugut Bunuh Ayah Hanya...

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang gunting mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini,...

Klia2 Jadi Tumpuan Ketibaan...

SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini menjadi tumpuan media...

Betul Ke Vitagen Boleh Aktifkan Sel Kanser? Ini Jawapannya

Baru-baru ini, satu kisah tragik heboh diperkatakan di media sosial apabila seorang individu menceritakan nasib malang yang menimpa anaknya kerana disahkan menghidapi penyakit kanser darah.

Menurut tulisan di entri tersebut, si anak meninggal dunia setelah menderita penyakit itu yang berpunca dari minuman berkultur seperti Vitagen, Yakult dan Solivite!

Dalam proses uji kaji yang dibuat terhadap air sum-sum tulang belakang si anak itu menemui banyak bakteria yang berasal dari minuman berkultur.

image

Sekadar informasi, menurut pakar kesihatan, minuman berkultur sememangnya baik untuk kesihatan terutamanya sistem usus.

Lantas dakwaan tersebut menimbulkan banyak persoalan terutamanya tentang kebenaran cerita. Betul ke?

76698_459624982392_37389707392_5450709_2635593_n

Menurut seorang pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad, minuman berkultur sebenarnya selamat dan mampu merawat penyakit secara semula jadi tanpa sebarang ubat andai ia diambil individu sihat.

Namun ujarnya, bagi sesetengah individu, ia tidak sesuai memandangkan minuman berkultur mengandungi bakteria aktif dan boleh memberikan kesan sampingan.


Memetik kenyataannya dari blog peribadi, drzubaidi.com , “Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.”

Tambah beliau lagi, antara pesakit yang tidak disarankan mengambil minuman tersebut adalah pesakit HIV/Aids, pesakit Diabetes dan kanser.

“Ini termasuk pesakit HIV/Aids, orang yang baru menerima derma organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan, pesakit diabetes, kanser dan yang sedang menerima rawatan untuk kanser, pesakit ginjal dan menjalani rawatan dialisis, pesakit autoimun seperti SLE, pesakit yang mendapat rawatan steroid dan pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.”

Apa-apapun, mana-mana individu dinasihati tidak mudah mempercayai sesuatu dakwaan yang tiada hujung pangkalnya, dan mengambil kesimpulan mudah untuk menyebarkannya kepada pihak lain.

Kita digalakkan untuk berkongsi ilmu, bukanlah sesuatu fakta yang tidak sahih.

– MYNEWSHUB.CC

Rawatan Islam Untuk Penyakit Kanser & Urat Saraf

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori