Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada...

Kedah Tak Lindungi Penerima...

JITRA - Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan akan terus menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya...

Jerit Berkali-kali, Tapi Dengar...

Alor Setar: "Saya dah cuba selamatkan adik dengan menariknya untuk keluar ketika bas...

2 Kereta Mewah Bernilai...

PETALING JAYA - Dua buah kereta mewah bernilai RM800,000, milik seorang ahli peniagaan...

Bilangan Bas Sekolah Semakin Kurang Di Labuan

LABUAN – Bilangan bas sekolah di pulau bebas cukai ini semakin menurun iaitu hanya 20 unit sahaja berbanding 130 unit pada 2010 untuk memberi perkhidmatan kepada 14,495 pelajar di 26 sekolah.

Penurunan itu disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi pengusaha bas termasuk tambang bas, yuran permit dan ketiadaan subsidi. Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Labuan (LSBOA), Asroh Sukardi

Berkata, persatuan itu akan membangkitkan isu itu kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan untuk mengkaji perkara itu secara serius untuk menyelesaikan beban ibu bapa.

“Realitinya ialah pendapatan pengusaha bas semakin merosot. Kos operasi terus meningkat tetapi tambang bas tidak naik sejak sekian lama, tidak seperti pengangkutan komersial dan pengusaha feri penumpang yang menikmati 50 peratus subsidi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Asroh berkata, terdapat permintaan yang tinggi untuk bas sekolah tetapi kebanyakan ibu bapa memilih pengangkutan awam, kenderaan tidak berlesen dan menghantar sendiri anak mereka ke sekolah berikutan kekurangan bas sekolah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori