BARU sahaja laman sesawang Google Malaysia digodam semalam, hari ini kes seakan sama dilaporkan berlaku di Shah Alam.
Menerusi gambar dikongsikan seorang pengguna Facebook, papan billboard di sebuah jalan di Seksyen 13 telah digodam untuk memaparkan mesej “SEKSYEN 13 MAKAN MAHAL. KAPITALIS“.
Hal ini mungkin disebabkan oleh kemarahan sesetengah pihak yang menyifatkan banyak restoran di kawasan tersebut mengenakan caj yang mahal.
Di media sosial, terdapat pengguna yang seakan ‘memuji’ tindakan penggodam terbabit dengan sesetengah daripadanya menyalahkan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.
Sama ada benar harga makanan di kawasan berkenaan mahal atau tidak hanya pengguna di sana lebih mengetahui.
Tapi kalau kot iye pun tak puas hati, bukankah ada saluran rasmi untuk melaporkan?
Tindakan begini bukan sahaja beri kesan pada restoran mahal yang menyakitkan hati penggodam terbabit tapi tak fasal-fasal, restoran yang ikhlas berniaga pun dapat kesan sama.. fikir-fikirkanlah apa hukumnya.
-MYNEWSHUB.CC