Semalam, kecoh di media sosial dan blog pembangkang dengan satu isu panas apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Putrajaya telah membeli enam buah kereta jenama mewah BMW model 7-series.
Dalam satu entri di Facebooknya, Naib Presiden PKR itu menulis, “Atas tindakan pantas sahabat-sahabat kita, maka hari ini kantoi lagi Kerajaan Persekutuan beli kereta mewah BMW 7-series.”
[TERDAHULU: Rafizi Fitnah! Gambar BMW Disebar Bukan Hak Milik Kerajaan]
Namun, perkara itu telahpun dijelaskan satu sumber dari Wisma Putra semalam bahawa kenderaan tersebut bukanlah dibeli namun mendapat tajaan dari syarikat permotoran tersebut bagi suatu majlis rasmi yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian BMW Group Malaysia apabila mereka menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dilakukan Rafizi.
Menurut Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris, “Kenderaan itu adalah tanda komitmen BMW Group Malaysia sebagai rakan penaja bagi Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April ini.”
Ujarnya lagi, syarikat tersebut akan menyediakan kenderaan BMW 7-series dan 5-series yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kepada tetamu kehormat, pegawai dan VIP.
– MYNEWSHUB.CC
Fitnah Yang Dibuat Rafizi Ramli Tentang Kononnya Putrajaya Membeli 6 Biji BMW