Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suhu Di Arab Saudi...

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) memberi amaran bahawa Arab Saudi bakal berdepan...

Ramadan Kesempatan Pamerkan Nilai...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dr. Yousef Al-Othaimeen, menyampaikan...

Malam Ambang 100 Hari...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini...

Seniman, JPJ Keluarkan Nombor...

PERSATUAN Seniman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama mengeluarkan nombor plat khas bermula...

BN Lakukan Persiapan Rapi Hadapi PRK Permatang Pauh

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) akan melakukan persiapan rapi dalam soal pemilihan calon dan merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin,

Beliau berkata parti akan membincangkan persiapan bagi menghadapi PRK itu bersama-sama semua pihak terlibat terutamanya dalam soal memilih calon yang berwibawa.

“Kami kena pilih calon yang bagus dalam segala aspek untuk calon yang boleh menang. Kami belum buat perbincangan lagi tapi biasanya kami akan pilih calon setempat, pendekatan itu amalan biasa BN, kami selalu utamakan calon setempat.

“Kami akan cuba yang terbaik, biarlah kami bincang dari segi calon, persiapan dan strategi, mungkin terlalu awal untuk kita buat sebarang ramalan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 16 Mac lepas selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui keluarganya pada 24 Feb lepas.


Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semalam, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas berhubung PRK Permatang Pauh pada 8 April ini.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mengekalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh, menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail, tetapi majoriti merosot kepada 11,721 undi berbanding pilihan raya kecil 2008 dengan majoriti 15,671 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori