Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cik Piah Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan kepada penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai...

“Saya Tanggung Dosa Besar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan dana yang digunakan...

Hanya Kerana Hutang, Budak...

INDIA – Malang menimpa budak lelaki berusia sembilan tahun ini apabila dia diikat,...

Pemegang Ijazah Kelas 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,643,734 pelajar membuat pinjaman berjumlah RM48.6 bilion daripada Perbadanan...

Buah-Buahan Tempatan Malaysia Dipromosi Di Sweden

PUTRAJAYA – Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di The Hague, Netherlands menganjurkan buat pertama kalinya promosi buah-buahan tempatan di dalam kedai di Sweden.

Atase Pertanian, Ahmadul Mokhtar Mohd Hayani berkata promosi di dalam kedai itu bermula Jumaat, bertujuan membuka peluang kepada syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran di Sweden dan negara-negara Scadinavian.

Beliau berkata usaha itu juga memberi peluang syarikat Malaysia untuk menilai kuasa belian kumpulan sasar.

“Ini akan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia mengkaji semula dan menilai keupayaan dan kuasa membeli masyarakat tempatan serta meningkatkan kerjasama rapat dengan rangkaian pasar raya utama di Sweden,” katanya kepada Bernama Jumaat.

Ahmadul Mokhtar berkata promosi yang diadakan di ICA Kvantum Emporia Malmo, Sweden itu memperkenalkan belimbing, nangka, betik, mangga, manggis dan rambutan serta menyediakan sampel produk.


Ia dianjurkan dengan kerjasama DRS Trading Sdn Bhd, EMA’s AS Holland dan ICA Group AB, satu daripada rangkaian pasar raya terbesar di negara Scandinavia dan Baltic.

ICA Group mempunyai sejumlah 2,300 rangkaian pasar raya dengan anggaran jualan sebanyak SEK100 bilion (Euro 10.46 bilion) pada 2013 dan hampir 22,000 pekerja. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=HjAuq5Dar74

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori