Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaysia Bangkit Ikat Vietnam...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat...

Warga Emas Lari Dari...

BACHOK - Seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu yang melarikan diri...

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh...

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu,...

Najwa Belum Sedia Beri...

PENYANYI dan komposer muda terkenal, Najwa Latif mengakui dia masih belum bersedia untuk...

Budak 3 Tahun Teruk Dirotan Oleh Pengasuh

Johor Bahru – “Saya memberikan rotan untuk dia menakut-nakutkan anak, bukan memukulnya sesuka hati sehingga berbirat seluruh badan,” kata Lau Hui Choon, 32, yang terkilan dengan perbuatan pengasuh memukul anak perempuannya berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian di rumah pengasuh itu di Taman Sri Yaacob, di sini, kelmarin.

Lau berkata, dia terkilan dengan tindakan pengasuhnya yang dipanggil ‘auntie’ itu kerana menyebabkan anak perempuannya bernama Chloe itu bukan saja cedera di paha, betis dan lengan, malah kini trauma.

Katanya, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada pengasuh anaknya yang berumur 40-an kira-kira jam 8 malam kelmarin memaklumkan terpaksa merotan anaknya itu kerana nakal.

“Dia (pengasuh) mungkin panik selepas anak saya menangis tanpa henti akibat kesakitan selepas dirotan kerana mendakwa anak saya kencing di atas sofa lalu menghubungi saya.


“Oleh kerana tidak sedap hati, saya bergegas ke rumahnya yang terletak di kawasan berdekatan dan sebaik tiba saya terkejut melihat Chloe sedang menangis. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=SYcYvUlzUzM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori