SURATAN atau kebetulan..
Jenama makanan segera popular Amerika, Burger King dikhabarkan bakal menaja semua perbelanjaan untuk majlis perkahwinan pasangan kekasih yang kebetulan mempunyai nama keluarga yang sama dengan Burger King.
Ya, anda tak salah baca.
Memang surname pasangan ini kebetulan Burger dan King, memang jarang-jarang sekali kebetulan macam ni kan.
Memang bertuah pasangan ini, tak perlu keluar sesen pun untuk majlis perkahwinan mereka.
Joel Burger dan Ashley King merupakan kenalan sejak dari kecil dan mula bercinta ketika kedua-duanya menuntut di kolej.
Kedua-duanya berasal dari New Berlin, Illinois dan sebaik berita perkahwinan mereka disebarkan oleh State Journal Register, pihak Burger King terus tertarik dengan nama keluarga yang dimiliki oleh kedua-dua bakal mempelai itu.
Sebaik memperoleh maklumat mengenai pasangan itu, Burger King terus membuat panggilan video Skype dengan mereka untuk memberikan ucapan tahniah sekali gus memberikan kejutan yang pastinya akan dikenang pasangan Burger dan King ini sampai bila-bila.
“Apa yang kami harapkan agar hubungan pasangan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan kalau boleh mungkin mereka boleh namakan anak sulung dengan nama Chicken Fry, mungkin?,” kata satu sumber Burger King secara berseloroh. – MYNEWSHUB.CC