Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

6 Bulan Tak Berhubung,...

MAHKAMAH Persekutuan pada Selasa, akhirnya memutuskan kedua-dua tertuduh kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu...

Korea Utara Dalang Virus...

BUKTI teknikal terbaharu mula mengaitkan Korea Utara dengan serangan siber global WannaCry 'ransomeware'...

Empat Penjenayah Tersungkur Di...

IPOH - Empat penjenayah dipercayai terbabit kes samun ditembak mati polis di Jalan Ampang...

Semangat 1Malaysia Antara Kin...

Siapa kata masyarakat Malaysia sudah luntur dengan nilai saling menghormati antara satu sama...

Cadang Kerajaan Lihat Semula Sistem Perolehan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyarankan kerajaan untuk melihat semula sistem perolehan aset kerana dikhuatiri wujudnya kepincangan dalam menyelesaikan peruntukan tahunan terutama pada hujung tahun.

Katanya ini bertujuan mengelakkan penggunaan lebihan peruntukan bagi tujuan pembelian aset baharu yang tidak berkaitan sedangkan peruntukan itu sepatutnya boleh dibawa ke tahun hadapan.

“Perkara ini perlu ada pembaharuan, kalau perolehan tidak habis boleh dibawa ke tahun hadapan…jika tidak akan timbullah benda-benda yang tidak mustahak dibeli.

Sebagai contoh masa zaman saya dahulu, sampai tahap beli tisu tandas untuk diletakkan dalam lokap (untuk habiskan peruntukan tahunan) dan bila saya semak, arahkan untuk serahkan tisu berkenaan ke bahagian lain kerana di dalam lokap memang tidak menggunakan tisu tandas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah ‘CeLO’ siri 9 Bil 1/2015 di sini, Selasa.

Musa berkata setiap perolehan juga perlu ada audit dalaman yang lebih agresif menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka supaya dapat menyemak aset-aset yang dibeli mengikut spesifikasi termasuk memastikan keaslian untuk sesetengah aset.


“Kalau tidak mengikut spesifikasi kerajaan akan rugi dan langkah ini boleh menjimatkan kewangan kerajaan tanpa berlaku pembaziran.

Ada juga kes di mana pembelian pad brek palsu bernilai RM2 juta untuk kenderaan polis…dan apabila saya semak saya ambil tindakan terhadap penjual berkenaan dan mendakwanya kerana menipu kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Musa berkata selain itu perancangan untuk membuat perolehan juga harus dilakukan dengan cara yang lebih efisyen dan betul agar sesuatu jabatan atau agensi kerajaan tahu apa yang ingin mereka beli pada akhir tahun.

Pada majlis itu, 35 Pegawai Integriti Bertauliah antaranya kakitangan daripada Jabatan Penjara Malaysia, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), ditauliahkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori