Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Guna Dron...

JAKARTA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji...

La Liga: Barcelona, Real...

MADRID - Pertembungan dua gergasi La Liga Sepanyol Barcelona dan Real Madrid menyaksikan...

Kerajaan Kaji Kelonggaran Pergerakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang memperhalusi kemungkinan akan memberi kelonggaran pergerakan di zon...

Ciptaan Alat Penyejuk Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Prasarana berjaya menjimatkan berjuta ringgit kos operasi ekoran terciptanya sejenis...

CAP Gesa JAS Siasat Pencemaran Sungai Dingin

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat rapi insiden pencemaran Sungai Dingin di Kedah.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, CAP kesal kerana punca pencemaran masih belum dikenal pasti walaupun sudah lapan tahun sungai tersebut dicemari.

“Penduduk mendakwa air sungai menjadi hitam,berbuih,berkelodak serta berbau busuk.

“CAP mempersoalkan mengapa kilang yang dinafikan oleh JAS membuang sisa buangan serta mencemarkan sungai itu tetapi diarah membersihkan parit berdekatan kilang mereka,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.


S.M. Mohamed berkata, CAP bimbang pencemaran itu jika dibiarkan berterusan boleh menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan tersebut pada masa depan.

Justeru, beliau mahu JAS memandang serius masalah berkenaan dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan tegas.

“Jangan beri sebarang pertimbangan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan yang termaktub di bawah akta tersebut,” ujarnya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori