Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tolong, Saya Terperangkap Di...

WASHINGTON DC - Dalam satu kejadian yang mungkin tidak pernah berlaku, seorang kontraktor...

Program Ziarah Bina Kesedaran...

MUAR - Kementerian Kesihatan (KKM) menganjurkan Program Ziarah Kasih Sayang bagi membina kesedaran...

Budak Lelaki Mati Mengejut...

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun mati selepas rebah semasa berkunjung ke sebuah taman...

Miliki Kereta Curi, Bapa...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa tiga anak dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah...

CEO Potong Gaji Sendiri Untuk Naikkan Gaji Staf

SEATTLE – Lelaki ini pastinya merupakan bos idaman setiap orang. Beliau menunjukkan sifat bermurah hati dengan menaikkan gaji 120 orang kakitangannya.

Lebih menarik, Dan Price yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Gravity Payment, memotong gajinya sendiri yang berjumlah $1 juta dolar sebulan kepada $70,000 dolar sebulan bagi memastikan stafnya mendapat kenaikan gaji.

Beliau juga mengumumkan bahawa sebanyak 80 peratus daripada keuntungan syarikat akan digunakan untuk membayar kenaikan tersebut.

Menurut New York Times, dengan pengumuman yang dibuat oleh Price itu, dianggarkan kira-kira 30 kakitangannya akan mendapat kenaikan gaji dua kali ganda.

“Kadar pasaran bagi saya sebagai seorang CEO berbanding dengan orang biasa adalah tidak masuk akal…ia tidak masuk akal,’’ katanya.


Price menubuhkan syarikat berkenaan pada 2004 dan pembayaran yang dikendalikan Gravity Payment pada tahun lepas adalah RM25 bilion.

Syarikat itu yang menjalankan aktiviti pemprosesan kredit kad, ditubuhkan ketika Price masih menuntut di Universiti Pacific, Seattle dengan bantuan adiknya.- MYNEWSHUB.cc

https://youtu.be/gHkRYEZ_r6k

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori