Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seorang Anggota Bomba Maut...

KUALA LANGAT - Seorang anggota bomba maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian...

Nahas Maut: Kes Drebar...

JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 Sept depan sebagai tarikh...

MCPF Tubuh Jawatankuasa Cegah...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah Berkaitan...

Perang Bendera Dan Poster...

SUNGAI BESAR - Perang bendera dan poster sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Chelsea, Balotelli Paling Banyak Dikutuk Netizen Rasisme

LONDON – Para pemain dan kelab Liga Perdana England (EPL) menerima lebih 130,000 kecaman dalam bentuk mesej dimuat naik menerusi laman media sosial pada musim ini.

Pendedahan yang amat mengejutkan pelbagai pihak di Britain itu dibuat hasil satu tinjauan dilakukan oleh sebuah kumpulan antidiskriminasi tempatan, Kick It Out.

Tinjauan tersebut turut mendedahkan bahawa Chelsea FC merupakan kelab yang paling teruk menerima kecaman netizen termasuk kata-kata berbaur perkauman.

Ia melibatkan lebih 20,000 komen negatif disusuli Liverpool, Arsenal, Manchester City dan Manchester United yang masing-masing kira-kira 10,000 komen sedemikian.

Manakala penyerang Liverpool FC, Mario Balotelli pula paling teruk dikritik dalam kalangan para pemain dan ini meliputi ungkapan berunsur rasisme warna kulit.

Pemain kelahiran Itali itu menerima lebih 8,000 mesej dengan separuh daripadanya lebih kepada perkauman; jauh mengatasi tempat kedua, Daniel Sturridge cuma 1,600 komen.

Jurucakap Kick It Out berkata, mereka kini mahu membentuk sebuah kumpulan pakar bagi menangani isu itu, yang kini semakin berleluasa menerusi laman media sosial.


Ia mahu membentuk panel yang terdiri daripada wakil kelab bola sepak, platform media sosial dan polis bagi menangani sebarang kecaman terhadap etnik tertentu.

Sukan bola sepak England dilaporkan tercemar dengan pelbagai kritikan peminat yang keterlaluan, malah berbaur perkauman dan isu yang tidak disenangi ramai pihak.

Pengerusi Kick It Out, Lord Herman Ouseley berkata, banyak kes tidak dilaporkan dan ini menyebabkan pihak polis sukar melakukan siasatan akibat kurang aduan awam.

Persatuan Bola Sepak England bagaimanapun menyambut baik laporan kumpulan itu yang menunjukkan pertambahan 70 peratus kes rasisme pada musim ini.ƃā€šĆ‚Ā – Agensi/A.AMREE

ƃā€šĆ‚Ā 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori