Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Mufti Wilayah Terima...

SERDANG - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, 73, dipilih...

Bekas Menteri Angkat Sumpah...

NEW DELHI - Bekas Menteri Pembangunan Bandar India M. Venkaiah Naidu hari ini,...

Apa Sudah Jadi Dengan...

1. Perlantikan Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dianggap...

i-Citra Bantu Ahli Depani...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu...

Chelsea Kian Hampiri Mahkota Kejuaraan

LEICESTER - Chelsea memerlukan satu lagi kemenangan untuk menggenggam kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menang selesa 3-1 ke atas Leicester City, awal pagi tadi.

Jaringan separuh masa kedua menerusi Didier Drogba, John Terry dan Ramires membawa mata berharga kepada skuad bimbingan Jose Mourinho dan kemahkotaan liga bakal digarap sekiranya menewaskan Crystal Palace, Ahad ini.

Leicester, yang menang empat perlawanan sebelum ini berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Marc Albrighton pada penghujung separuh masa pertama.

Mourinho mengakui beliau tidak begitu gembira dengan aksi pasukannya pada separuh masa pertama namun berjaya bangkit untuk menguasai permainan pada babak kedua dengan menghasilkan tiga gol di gelanggang lawan.


“Stamford Bridge kini bersedia untuk meraikannya tapi kalau boleh saya minta mereka agar tidak meraikannya terlalu awal,” katanya.

“Kami semua mahu kemenangan pada Ahad ini namun ia boleh menjadi perlawanan yang sukar nanti,” katanya. – AFP

https://youtu.be/oL4WSMQfXjk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori