Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Wanita Rakyat Thai Edar...

KANGAR - Seorang wanita rakyat Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati...

Ancaman Seks Kanak-Kanak, Mohon...

SAAT ini, manusia lebih teruk dari binatang. Hari demi hari, kes yang melibatkan...

Anak Gajah Maut Dirempuh...

HULU TERENGGANU - Seekor anak gajah yang sedang melintas jalan maut selepas dirempuh...

“Raya Tak Raya Sama...

SAAT ini, kebanyakan kita sudah mula kembali bekerja selepas meraikan Aidilfitri namun mood...

China Masters: Cabaran Malaysia Berakhir

KUALA LUMPUR – Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton China Masters berakhir selepas dua wakil terakhirnya tersingkir pada peringkat separuh akhir di Changzhou, China.

Beregu wanita pilihan utama, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei kalah mengejut kepada beregu bukan pilihan dari China, Tan Junhua dan Zhong Qianxin, 23-21 dan 21-9 dalam pertarungan selama 39 minit.

Pasangan China itu akan bertemu rakan senegara mereka iaitu Bao Yixin dan Tang Yuanting pada aksi final esok.

Bao dan Tang, yang juga pilihan ketiga kejohanan mengalahkan rakan sepasukan, Chen Qingchen dan Jia Yi Fan 21-17 dan 21-16, dalam masa 39 minit.


Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memberikan saingan sengit kepada pilihan utama kejohanan, Liu Cheng dan Bao Yixin dari China sebelum kalah 21-17, 17-21 dan 21-17.

Liu dan Bao akan bertemu bgandingan Indonesia, Edi Subaktiar dan Gloria selepas pasangan itu menewaskan Wang Yilv dan Tang Yuanting dari China 21-17 dan 23-21.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar pemain perseorangan wanita pada kejohanan Grand Prix Emas itu yang menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah US$250,000 (RM926,990). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori