Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Keputusan Kes Gadis Belon...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa tindakan melepaskan...

Banteras Penyeludupan Di Wang...

WANG KELIAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu...

6 Fakta Google Yang...

Google adalah sebuah syarikat yang sedang berevolusi dan sentiasa berevolusi. Mereka berevolusi untuk...

Brunei Miliki Kualiti Udara...

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di...

Chong Wei Digantung Lapan Bulan – Sumber

KUALA LUMPUR – Difahamkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei digantung lapan bulan berhubung kes doping.

Namun, berita baiknya apabila hukuman itu diambil kira bermula dari 30 Ogos dan beliau layak bermain semula pada 1 Mei.

Oleh itu, Chong Wei dapat bersaing dalam tiga kejohanan utama yang akan datang iaitu Piala Sudirman di Dongguan dari 10-17 Mei, Sukan SEA di Singapura pada Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman rasmi pada 3 petang Isnin di pejabat beliau di Putrajaya.

Pada 11 April lalu, Chong Wei terbang ke Asmterdam bersama peguannya Mike Morgan dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagi sesi pendengaran rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama tiga ahli panel bebas.


Bagaimanapun selepas lapan jam sesi pendengaran itu, BWF gagal membuat keputusan pada hari yang sama.

Bekas pemain No.1 dunia ini berdepan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana gagal melepasi ujian doping sewaktu menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu.

Sampel air kencing Chong Wei didapati positif menggunakan bahan terlarang, dexamethasone. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori