PELAKON popular filem kegilaan remaja High School Musical, Vanessa Hudgens mengutarakan pandangan peribadi bahawa dia menyokong komuniti Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).
Vanessa yang kini sibuk dengan pertunjukan Gigi The Broadway Musical membawakan watak utama bernama Gigi, menyatakan sokongannya itu ketika ditemubual media baru-baru ini.
“Fikiran masyarakat sangat tertutup dan ianya tidak betul, saya rasakan perkara ini berat sebelah.
“Ianya sangat penting untuk kita menyokong antara satu sama lain, bergaul dengan komuniti gay serta memberi sokongan kepada mereka.
“Saya seorang yang bersikap terbuka. Saya tidak melihat seseorang itu berdasarkan seksualiti. Sama ada gay atau normal, bagi saya cinta perlu diutamakan,” tambahnya.
– MYNEWSHUB.CC