BEBERAPA hari lalu, satu isu membabitkan dua nama selebriti iaitu Shila Amzah dan Ayda Jebat dikaitkan, dan ia menimbulkan ‘perang’ di laman sosial membabitkan kedua-dua puak peminat mereka.
Ia bermula apabila penyanyi lagu Patah Seribu itu dikatakan menulis kenyataan bahawa dia ‘annoying‘ dengan individu zaman kini yang suka menggunakan terma ‘muah ciked‘!
[BACA: Kerana ‘Muah Ciked’, Shila Amzah Didakwa Perli Ayda Jebat]
Haaa… isu tersebut terus menjadi panas apabila peminat tegar pelakon muda Ayda Jebat terasa kerana frasa tersebut sering digunakan pelakon Suami Sebelah Rumah itu.
Tak lama kemudian, Ayda bingkas mengeluarkan kenyataan tentang isu tersebut bagi meredakan situasi, lantas enggan lagi memanjangkan isu itu.
Di pihak Shila pula, dia tampil menerangkan cerita sebenar dan menepis dakwaan bahawa dia menujukan kritikan tersebut kepada Ayda.
https://instagram.com/p/1VE1EDBk24/?taken-by=shahilaamzah
Melalui rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya semalam, Shila berkata, “Saya ingin membuat pencerahan. Saya ‘terganggu’ dengan penggunaan perkataan tersebut yang disebut berulang kali oleh adik perempuan saya.
“Jadi, saya harap anda tak cepat melatah dan dapatkan fakta yang sebenar.”
Biasalah, kadang-kadang, golongan ‘die hard fans‘  ini lebih sudu dari kuah dan terlalu defensif terhadap selebriti pujaan mereka.
Lantas, isu sebenar hama seperti ini boleh jadi besar dan berlarutan…
– MYNEWSHUB.CC
Persembahan Shila Amzah Dalam Satu Pertandingan Di China
https://www.youtube.com/watch?v=sTSRWq9GaV0