Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahmad Maslan Kembali.. Masak...

JIKA sebelum ini Datuk Ahmad Maslan memuat naik resepi nasi goreng tanpa GST,...

Penjaga Zoo Digantung Kerja...

China – Aksi seekor anak panda bernama Hua Ni yang dipukul oleh penjaga...

Mahkamah: Tertuduh Lari Risau...

Georgetown - Akibat terlalu bimbang dengan hukuman bakal dikenakan, seorang lelaki yang berada...

Covid-19: 2,107 Kes Baharu...

Kuala Lumpur : Kes harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 2,107 kes...

DAP Anggap 5 Kakitangan The Malaysian Insider Wira

KUALA LUMPUR – DAP menganggap lima kakitangan portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang ditahan polis berikutan penyiaran artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan hudud sebagai wira.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa, lima kakitangan TMI itu wira kebebasan akhbar yang mahu membawa pencerahan kepada Malaysia berhubung isu hudud.

“Pengamal media di Malaysia telah membuktikan mereka tidak gentar bahkan terus melawan segala kendala terhadap kebebasan media dan juga salah guna kuasa yang cuba memburu, mengganggu dan memalukan penerbit serta editor kanan TMI,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kakitangan TMI yang ditahan polis terbabit ialah tiga editor The Malaysian Insider Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong serta Ketua Pgawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq dan Ketua Pegawai Eksekutif Edge Group, Ho Kay Tat.


Pada Rabu minggu lalu TMI menerbitkan satu artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan Hudud, lantas ia tidak boleh dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Sehari selepas itu, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat satu laporan polis bagi menyangkal fakta yang dinyatakan artikel berkenaan.

- MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori