Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

GST: Sembilan Kesalahan Dikesan...

KUCHING - Sebanyak sembilan kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikesan hasil...

Jangan Mudah Percaya Berita...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah meminta semua pihak tidak mudah percaya kepada...

Gambar: Wajah Karakter Hero...

PERNAHKAH anda bayangkan bagaimana agaknya rupa karakter kartun yang dijadikan idola sejak kecil...

KDN Wujud Baitul Mahabbah...

NILAI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil inisiatif secara rintis pemindahan kanak-kanak warga...

DAP Berang ADUN PAS Bantah Konsert “Thirst: We are Stardust”

KUALA LUMPUR – DAP menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang daripada parti PAS, Noor Hanim Ismail kerana menjadi punca konsert “Thirst: We are Stardust” yang dirancang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Mines (MIECC) di Seri Kembangan baru-baru ini dibatalkan.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming berkata, surat bantahan ke atas konsert itu yang dikeluarkan oleh Noor Hanim kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyebabkan penganjuran konsert itu dibatalkan.

“Acara ini berlangsung di kawasan DUN Seri Kembangan dan Parlimen Serdang, bukan di kawasan Seri Serdang. Sekurang-kurangnya, dari segi tatatertib, salinan bantahan ini patut diberikan kepada wakil rakyat kawasan di mana acara ini berlangsung iaitu pejabat saya dan pejabat ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

“Oleh kerana bantahan ADUN Seri Serdang , pihak polis telah menarik balik sokongan terhadap acara ini dan ini memaksa MPSJ untuk menarik balik permit sementara untuk acara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kian Ming berkata, maklumat dalam surat bantahan Noor Hanim tidak tepat kerana enam orang yang maut di konsert di Bukit Jalil pada tahun 2014 bukan semua kaum Melayu tetapi termasuk Cina dan India.

Menurutnya, penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) yang berlangsung di Bukit Jalil adalah Livescape manakala penganjur konsert “Thirst: We are Stardust” adalah Future Sound Asia Sdn Bhd.

Dakwanya, penganjur tersebut telah membatalkan konsert `Thirst 2014 di SIC Sepang’ kerana kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil, bukan kerana mereka telah disenarai hitam oleh Majlis Perbandaran Sepang.

Kata beliau, pembatalan konsert “Thirst: We are Stardust” pada saat akhir memburukkan nama negeri Selangor sebagai satu tempat di mana acara hiburan boleh berlangsung secara selamat dan aman.


“Nama baik kerajaan Pakatan Rakyat juga telah diburukkan. Saya memahami kebimbangan ADUN Seri Serdang tentang penyalahgunaan dadah dalam acara seperti ini.

“Tetapi cara yang lebih sesuai ialah untuk mengetatkan syarat-syarat dan menambah baik garis panduan keselamatan dan bukan untuk menyekat acara-acara seperti ini daripada berlangsung.

Beliau turut membandingkan insiden ‘hooliganism’ yang berlaku dalam pertandingan bola sepak tetapi tidak sesiapa menyeru supaya semua pertandingan bola sepak dilarang.

Media sebelum ini melaporkan, Konsert “Thirst 2015: We Are All Stardust” yang sepatutnya berlangsung pada 25 April lalu dibatalkan kerana polis menarik kembali kebenaran pada saat akhir.

Polis menghantar surat kepada MPSJ Jumaat lalu menyatakan mereka tidak akan menyokong konsert tersebut yang menyebabkan pihak berkuasa tempatan tidak punyai pilihan selain menarik kembali permit dalam tempoh 11 jam sebelum konsert. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=oadyi8Dlo0M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori