Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Saharul Ridzwan Mahu Jadi...

PELAKON popular tempatan, Saharul Ridzwan turut mencuba asah bakatnya dalam bidang nyanyian pula. Memilih...

Dua Penyandang Digugurkan UMNO...

Dua penyandang kerusi Parlimen di Perlis, iaitu Shahidan Kassim dan Zahidi Zainul Abidin...

Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa kebangsaan untuk memantau, memudahkan dan mengawal...

Anggota Abu Sayyaf Saddam...

KOTA KINABALU - Anggota kumpulan militan Abu Sayyaf, Saddam Jailani yang ditangkap dipercayai...

DBKL Tingkat Promosi Pelancongan Berbasikal Negara

KUALA LUMPUR: Demi meningkatkan aktiviti pelancongan berbasikal di negara ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan buku panduan Discover Malaysia by Bicycle Guidebook yang mana ianya menawarkan 74 buah pakej pelancongan berbasikal yang menarik di seluruh negara.

Buku panduan tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Rashidi Hasbullah pada program ‘Kuala Lumpur Car Free Morning’ di Dataran DBKL 1, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Menurutnya dengan pelaksanaan buku panduan itu diharapkan ianya dapat menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk menggunakan basikal sebagai salah satu alternatif transportasi yang bukan sahaja menyihatkan malah menghiburkan untuk disertai.

7

“Melalui pakej ini, para pelancong dalam dan luar negara berpeluang untuk menerokai lebih banyak destinasi pelancongan di seluruh negara secara berbasikal. Antara pakej menarik yang ditawarkan ialah berbasikal mengelilingi bandar Kuching melalui Pakej Classic City Ride, Pakej Berbasikal Taman Negara dan Pakej Kota Bharu Cycyling Tour,” katanya.

Buku panduan ini dilancarkan sejajar dengan kempen Pagi Bebas Kenderaan yang dijalankan di ibu kota pada setiap Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

4

5

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berharap dengan pengenalan buku panduan ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti sihat berbasikal di kalangan masyarakat Malaysia.

datuk bandar
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

“Buku ini bertujuan untuk mempromosikan lagi Kuala Lumpur dan Malaysia di mata dunia sebagai destinasi terbaik berbasikal. Kita harapkan perkara ini berterusan kerana ianya turut boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti keluarga yang menghiburkan selain ianya menyihatkan,” katanya.


8

9

6

Menurutnya lagi, selepas ini pihak DBKL akan memperbanyakkan lagi laluan berbasikal di sekitar ibu kota untuk semua penggunanya.

Laluan berbasikal pertama di Malaysia telah dilancarkan Selasa lalu yang mana ianya menghubungkan laluan dari Dataran Merdeka sehingga Mid Valley.

Discover Malaysia by Bicycle Guidebook merupakan terbitan Tourism Malaysia dengan kerjasama 32 agensi pelancongan dari setiap negeri.

Ia mengandungi 74 pakej pelancongan berbasikal meliputi setiap negeri, yang dibangunkan bagi memberi pilihan kepada penggemar sukan berbasikal dalam memilih destinasi pelancongan pakej berbasikal yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa setiap individu. – MYNEWSHUB.CC

10

Oleh:  JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori