GARA-GARA berkelakuan tak senonoh dengan membuka baju dan menayang payudaranya kepada khalayak ramai di Petaling Street, seorang model dari Sabah ditahan polis semalam.
Wanita berusia 32 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi kira-kira jam 5.30 pagi di sebuah hotel bajet rendah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah bagaimanapun, menafikan khabar bahawa individu tersebut merupakan warga Iran seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan sebelum ini.
[Enggan Bayar Nasi Ayam Punca Wanita Bogel Di Petaling Street]
Sebaliknya wanita terbabit memaklumkan secara lisan kepada pihak berkuasa setelah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri, dia berasal dari Sabah.
“Bertindak atas maklumat yang diterima, wanita terbabit ditahan di sebuah hotel untuk siasatan.
“Kami menjalankan ujian air kencing selepas siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan,” kata Zainol.
Khamis lalu, masyarakat Malaysia digemparkan dengan rakaman video viral mempamerkan aksi seorang wanita membuka baju dan menayang payudara di Petaling Street sebagai tanda protes setelah didakwa tidak membayar minuman keras dan makanan yang telah dinikmatinya di sebuah gerai di sana.
Video berkenaan tersebar meluas menerusi media sosial dan aplikasi mesej WhatsApp.
– MYNEWSHUB.CC
Video Viral Wanita Sabah Tayang Payudara Di Petaling Street
https://www.youtube.com/watch?v=ogsxakaBD2A