Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Miliki 1,497 Kad...

CALIFORNIA - Seorang lelaki memegang rekod baru Guinness sebagai pemegang kad kredit paling...

Kastam Melaka Sasar Kutip...

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menyasarkan kutipan cukai RM1.96 bilion...

Pengadil Perlawanan Selangor-Pahang Digantung

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan menggantung seorang pengadil...

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir yang masih terjejas di Terengganu terus berkurangan...

Denggi Di Johor Terkawal, Kematian Akibat Denggi Menurun

JOHOR BAHARU – Keadaan denggi di Johor masih terkawal dengan mencatatkan penurunan jumlah kematian akibat denggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata sehingga minggu ke-15 (sehingga 18 April), empat kes kematian dicatatkan berbanding 12 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Meskipun jumlah kes denggi sehingga minggu ke-15 ada peningkatan, kami lihat sedikit penurunan dari segi kematian. Ini menunjukkan keadaan denggi di Johor terkawal,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2015 di Zoo Johor, di sini Sabtu.

Sehingga 18 April tahun ini, kes denggi di Johor meningkat 26.7 peratus kepada 2,105 kes berbanding 1,662 kes, kata Ayub.


Justeru Ayub berkata pihak berkuasa tempatan perlu terus tingkatkan usaha memastikan kes denggi semakin berkurangan dengan memastikan sampah dikutip tepat pada masanya selain penguatkuasaan yang tegas.

Buat masa ini daerah Johor Baharu paling banyak mencatatkan kes denggi dengan menyumbang 69 peratus kepada jumlah kes denggi di negeri ini.

Johor kekal negeri keempat teratas dari segi kes denggi di belakang Selangor (paling banyak kes denggi), diikuti Kelantan dan Pulau Pinang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori