SHANGHAI – AirAsia melancarkan pelbagai program dan promosi khas untuk meraikan ulang tahunnya ke-10 di China dan kerjasama dengan UnionPay International (UPI).
Dalam kenyataan hari ini, AirAsia berkata pemegang kad UPI akan menikmati diskaun 50 peratus bagi penerbangannya yang berlepas dari China dengan membuat tempahan melalui airasia.com antara tengah hari ini dan 16 April, 2015 bagi tempoh perjalanan dari 1 Sept, 2015 hingga 31 Jan, 2016.
“Mereka dapat meneroka destinasi di Malaysia, Thailand, Australia dan banyak lagi,” katanya.
Katanya Tune Hotel turut menawarkan sehingga 30 peratus diskaun untuk penginapan di hotelnya di Malaysia, Australia dan United Kingdom bagi pemegang kad UPI.
“Promosi itu bermula tengah hari ini sehingga 26 April, 2015,” katanya.
UPI merupakan anak syarikat China UnionPay. – BERNAMA
VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS