Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

42 Ahli Parlimen DAP...

GEORGETOWN - Semua 42 Ahli Parlimen DAP akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Ronaldo Belanja Semua Staf...

PEMURAH... Bintang bola sepak ternama, Cristiano Ronaldo meninggalkan tip AS$23,200 (RM94,268) di sebuah...

Nik Abduh Umum Barisan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan barisan kepimpinannya hari ini...

Janda Bina Kerjaya ‘Pembunuh’...

SEORANG wanita di China membina kerjaya yang unik apabila membantu golongan isteri membalas dendam...

2 Maut, 2 Cedera Dipanah Petir Ketika Cari Madu Kelulut

JASIN – Dua maut manakala dua lagi cedera dipercayai akibat dipanah petir ketika mencari mereka madu kelulut di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Muhibbah Merlimau di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata kedua-dua mangsa Shahrul Nazrin Roslan, 24, dan Zul Effendi Abdullah, 23, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Manakala dua mangsa yang cedera iaitu Mohd Saad Md Rasul, 40, dan Shahnor Hafizi Shahmat, 26, dihantar ke Hospital Melaka.

“Ketika kejadian hujan lebat turun bersama angin kencang serta petir. Mangsa keluar pada pukul 3.30 petang untuk mencari madu bersama bapa saudara mereka (bapa saudara Shahrul Nazrin dan Zul Effendi) serta adik lelaki Zul Effendi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya bapa saudara mangsa iaitu Nor Azman Bujang, 48, terlebih dahulu pulang ke rumah sebelum kejadian dan dimaklumkan tentang kejadian oleh adik lelaki Zul Effendi iaitu Mohd Nordin Azman, 11.

Sementara itu, Nor Azman berkata beliau dimaklumkan kejadian itu oleh Mohd Nordin sebaik tiba di rumahnya di Jalan Paya Lengkung, Merlimau kira-kira 4.45 petang.


“Pada mulanya saya mengajak Mohd Nordin untuk pulang ke rumah kerana cuaca hampir hujan tetapi beliau minta saya balik dulu kerana dia hendak mencari madu bersama yang lain. Selepas hujan berhenti dia balik dan maklumkan mereka (mangsa) dipanah petir,” katanya.

Beliau kemudian bergegas ke tempat kejadian dan melihat dari jauh semua mangsa telah terbaring dan mendapati Shahrul Nazrin serta Zul Effendi tidak lagi bernyawa.

Katanya kedua-dua anak saudaranya itu tiada pekerjaan tetap dan hanya bergantung kepada upah melakukan kerja kampung termasuk mencari madu kelulut.

– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • petir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori