Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Perlu Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaan pembekuan aset terhadap mana-mana majikan...

Tentera Myanmar Temui 13...

Yangon - Tentera kerajaan yang bertempur dengan pemberontak etnik berhampiran sempadan China menemui...

BN Menang Beri Nafas...

BANGKIT... Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya kesal apabila pelbagai isu sentuh sensitiviti...

BN Atau BN Plus,...

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam...

Dua Polis Trafik Pengiring Zahid Cedera Terbabit Nahas

PERMATANG PAUH – Dua anggota polis trafik yang mengiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbabit dalam kemalangan jalan raya, sebentar tadi.

Anggota terbabit, Ramlan Arifin, 49 dan Zulkifli Mat Desa ,48, cedera apabila motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri ketika mengiringi konvoi Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, di Permatang Pauh, di sini, jam 9.45 pagi tadi.

Mereka terbabit kemalangan selepas motosikal ditunggangi dihimpit sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 134.4 susur keluar Permatang Pauh dari Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan.

Difahamkan, kenderaan awam itu berada di lorong kanan sebelum secara melulu mengubah haluan ke laluan kiri dan menghimpit motosikal ditunggang anggota trafik berkenaan. Kedua-dua mangsa bergesel sesama sendiri sebelum terbabas dan mengalami kecederaan di badan, muka dan kaki.


Anggota trafik terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

– Berita Harian Online

https://youtu.be/FqS9fQcqInw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori