Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

IS Di Libya Dakwa...

KAHERAH - Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengeluarkan satu klip video hari ini...

103 Kematian Akibat Covid-19...

PUTRAJAYA – Negara kembali mencatatkan kes kematian Covid-19 melepasi 100 dengan 103 kes,...

Semua Pasar Raya Perlu...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui semua pemilik pasar...

BN Pahang Kekal Majoriti...

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) mengekalkan seramai lapan penyandang daripada 10 kerusi Parlimen...

Dulu Hidup Mewah, Kini Miskin Gelandangan

 

DARWIN — Ketika zaman kegemilangannya, Cameron Hunter tinggal di rumah mewah, memandu kereta sport Porsche serta merupakan pemilik kilang, namun kini dia hidup di penempatan gelandangan di ibu negeri Northern Territory Australia, Darwin.

“Saya pernah mencapai era keemasan dalam hidup, tetapi situasi terus terbalik secara drastik,” ucapnya kepada stesen penyiaran kebangsaan ABC. Hari ini Hunter hanya lelaki tanpa rumah dan terpaksa tinggal di sebuah pusat perlindungan gelandangan.

Salah satu bukti sisa kejayaan hidupnya adalah sebuah foto dirakamkan pada tahun 1997 menunjukkan Hunter bergambar dengan sebuah kereta kesayangannya, Porsche warna biru dan tidak lama selepas itu, dia mulai jatuh tersungkur dalam kehidupan.

Secara kebetulan, setelah foto tersebut diambil, Hunter menjual keretanya, dan perlahan-lahan hidupnya berubah sehingga membuatnya hilang segala kemewahan sebelum menjadi gelandangan sepenuhnya di ibu wilayah utara Australia itu.

“Rasanya seperti kematian yang datang perlahan, ibarat bermain catur, setiap saat saya terjatuh ke situasi yang buruk dan semakin buruk. Malah pernah tujuh kali saya mengalami situasi hanya memiliki sehelai pakaian di badan,” tambah Hunter.

Berasal dari New Zealand, dia meninggalkan negara pulau tersebut pada saat usianya 20-an selepas menjual kereta kesayangannya itu dan memutuskan untuk memulakan sebuah kehidupan baharu dengan berhijrah ke benua Eropah.

Malangnya, Hunter menjadi gelandangan di Perancis selama dua tahun sebelum berjaya mengumpul sedikit wang dan kemudian berpindah ke Thailand, tetapi setelah dua tahun menetap di negara itu, dia menjadi gelandangan dan diusir keluar.


“Saya dihantar ke Australia, disambut oleh petugas lapangan terbang, yang kemudian mencarikan tempat tinggal buat saya,” tutur Hunter. Dia berjaya meperoleh pekerjaan di Kalgoorlie di wilayah Australia Barat dan mampu membeli rumah.

Namun, nasib buruk kembali menerpa hidupnya apabila dia menanggung tunggakan hutang pinjaman kediaman miliknya akibat kehilangan pekerjaan susulan menderita sakit pinggang dan akhirnya Hunter tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa.

“Saya dua tahun dalam situasi itu,” tambah Hunter yang kemudian tiba di Darwin pada 2003 yang sejak itu dia kadang-kadang bekerja dan kadang-kadang menganggur hingga akhirnya tahun lalu, Hunter memohon untuk tinggal di pusat gelandangan.

Bahkita Centre di Darwin yang diuruskan oleh sebuah badan amal tempatan, St. Vincent de Paul menawarkan bilik tidur bagi gelandangan dan sejak menetap di situ, Hunter kembali belajar malah kini mulai bekerja secara sambilan.

“Saya ingin membangun kembali hidup saya, menemukan jati diri saya kembali, Masih panjang perjalanan ke depan kerana saya baru 40-an, dan kini saya tahu apa yang ingin saya lakukan dan bagaimana melakukannya,” tambah Hunter.

Di Northern Territory sahaja, rekod semasa pihak berkuasa wilayah menganggarkan ada kira-kira 15,500 gelandangan yang hidup tanpa rumah, dan umumnya sebahagian besar merupakan kaum asal Australia iaitu Aborigine. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori