Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

4 Wanita Antara 20...

KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penyeludupan migran menerusi jalan laut terbongkar selepas sebuah rumah...

Kucing Dipos Sejauh 1,126km...

SEEKOR kucing secara tidak sengaja telah masuk ke dalam sebuah kotak lama dan...

Sembilan Anggota Geng Pecah...

MELAKA - Sembilan individu berusia 19 hingga 32 tahun yang merupakan anggota sebuah...

Zaharul Tidak Pulang Sambut...

KUALA LUMPUR - Luluh hati sepasang suami isteri apabila mengenangkan anak lelaki mereka...

Ebola: 2 Pakar Kesihatan M’sia Ke Sierra Leone Bantu WHO

KUALA LUMPUR – Dua Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia iaitu Dr, Rosemawati Ariffin dan Dr. Rahim Sulong akan dihantar ke Sierra Leone bagi membantu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengawal penularan wabak Ebola di Afrika.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua pakar perubatan tempatan itu dihantar ke negara berkenaan berikutan permintaan daripada WHO pada awal Februari lalu.

“Rosemawati dijadualkan mula bertugas di negara berkenaan bermula 15 April lalu manakala Rahim akan bertolak pada awal Jun ini.

“Sebagai pakar epidemiologi di lapangan, mereka ditugaskan memantau dan mencari kes dan kontak dari rumah ke rumah, memberi rawatan simptomatik bagi yang tidak dimasukkan ke hospital, memberi penerangan mengenai penjagaan diri dan persekitaran dan mengendali mandian mayat kes positif. Mereka juga terlibat dalam pengumpulan dan penganalisaan data epidemiologi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham bagaimanapun mengakui, kedua-dua pakar perubatan Malaysia tersebut akan berdepan dengan risiko yang tinggi kerana penyakit Ebola mempunyai kadar jangkitan dan kematian yang tinggi selain infrastruktur yang serba kekurangan.

Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan berasa amat berbangga kerana Rosemawati dan Rahim mempunyai kompetensi dan kepakaran yang dikehendaki oleh WHO hingga terpilih setelah menjalani saringan dan latihan yang intensif.

“Kementerian Kesihatan amat yakin dengan keupayaan mereka dan berharap mereka berkerja dengan penuh iltizam. Kami juga berdoa agar mereka sentiasa selamat dan bereda dalam kesihatan yang baik,” katanya.


Noor Hisham menjelaskan, Rosemawati dan Rahim telah menjalani latihan Epidemic Intelligence Program (EIP Malaysia) serta saringan daripada segi kompetensi dan ketahanan daya diri di Ibu Pejabat Western Pacific Region Office (WPRO) WHO di Manila, Filipina.

Katanya, setelah lulus menjalani saringan selama dua hari, mereka seterusnya menjalani latihan intensif selama seminggu sebelum dihantar secara berperingkat ke Sierra Leone untuk bertugas di dalam pasukan WHO selama enam minggu bersama pakar-pakar dari negara lain.

Menurutnya, oleh kerana Sierra Leone merupakan negara endemik Malaria dan penyakit bawaan vektor yang lain, mereka dimestikan sentiasa mengamal keselamatan dan kebersihan diri dan membawa medical kit dan toilet kit di mana sahaja mereka berada.

“Semasa di Manila mereka telah didedahkan kepada persiapan dan tatacara kerja di lapangan, kawalan keselamatan, kawalan infeksi, peradaban dan tingkahlaku rakyat setempat dan penerangan mengenai penularan wabak Ebola di Afrika dengan lebih mendalam.

“Mereka dimestikan menjalani pemeriksaan perubatan yang lengkap termasuk menerima vaksin Yellow Fever, Diphtheria-Tetanus, Typhoid, Hepatitis A and B, Meningitis ACYW 135 dan Rabies,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ebola

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori