Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bangunan Tiba-Tiba Bergegar Sebelum...

KUALA LUMPUR - Saksi runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen...

Raja Farah Mudah Terasa...

TERDAHULU Raja Farah pernah dicela orang ramai kerana konon dikatakan tidak boleh mengandung...

Kes Tibi Menurun 21...

SANDAKAN - Kes penyakit Tibi di daerah ini menurun 21 peratus dalam tempoh...

Polis Sarikei Gempur Penyalahgunaan...

SARIKEI - Polis daerah Sarikei menjalankan tindakan agresif dan menyeluruh bagi menggempur aktiviti...

Eeeww ….Lintah Bersarang Dalam Kerongkong

China – Pening dan sakit tekak yang dialami oleh seorang budak lelaki berusia 11 tahun akhirnya dikenalpasti, namun ia mengejutkan semua orang termasuk doktor kerana penyakit itu berpunca akibat lintah.

Rupa-rupanya seekor lintah telah bersarang di kerongkongnya. Ia berlaku selepas Xiabo Chien minum air kolam di tepi jalan. Air berkenaan mengandungi lava lintah yang kemudiannya membesar sehingga 7cm di kerongkongnya.

Menurut ibunya, Xiang Tung, 33, pada mulanya dia menyangka anaknya itu mengalami selesema kerana budak itu merasa pening dan sakit tekak.

“Saya dan bapanya memberikan ubat dan menyuruhnya tidur namun keadaannya semakin teruk.

“Dia tidak pernah memberitahu kami bahawa dia pernah minum air di kolam itu menyebabkan kami tidak terfikir langsung mengenai lintah itu,’’ katanya.


Selepas keadaan Xiabo Chien semakin teruk, dia dibawa ke hospital dan selepas x-ray dijalankan, akhirnya doktor menemui sesuatu yang mengejutkan iaitu lintah.

Dalam pada itu, jurucakap hospital berkata, mereka mendapati lintah berkenaan berada dalam ruang pernafasan Xiabo Chien dan setiap kali lintah itu bergulung, ia akan menyekat laluan udaranya.

Keadaan ini akan menyebabkan Xiabo Chien tidak sedarkan diri.

“Nasib baik ia tidak menyebabkan apa-apa jangkitan dan kami dapat mengeluarkan lintah itu tanpa sebarang komplikasi,’’ katanya.- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori