Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Caj RM160 Untuk Jarak...

HANYA kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Demikian pepatah yang sesuai diberikan...

NGO Hantar Memorandum Sokong...

PUTRAJAYA - Seramai 30 aktivis yang mewakili 211 badan bukan kerajaan (NGO) hari...

224,402 Penduduk Dunia Terkorban...

PARIS - Sekurang-kurangnya 224,402 penduduk dunia dilaporkan terkorban sejak wabak COVID-19 yang kali...

Imigresen Guna Peruntukkan 2015...

KUALA LUMPUR - Peruntukan sebanyak RM1.04 bilion yang diluluskan kerajaan kepada Jabatan Imigresen...

Elak Kontroversi Peluk & Cium, Lee Min Ho Tak Salam Peminat Melayu

Pada Jumaat lalu, satu sesi bertemu peminat telah diadakan khusus buat pengikut setia bintang drama Korea, Lee Min Ho.

Hero drama Boys Over Flowers itu telah hadir di pusat membeli belah NU Sentral, Kuala Lumpur bagi merasmikan portal membeli belah dalam talian 11street.

11174720_1639990972952518_6706360577267091102_o
Kredit foto dari Beautifulnara
11169592_1639990976285851_391043774384795690_o
Kredit foto dari Beautifulnara

Seluruh peminat pastinya teruja dapat berjumpa dan bergambar dengan pelakon kacak ini.

Namun, mengambil iktibar dari kontroversi lalu melibatkan satu kumpulan Kpop, B1A4 yang melakukan aksi terlebih mesra dengan beberapa gadis Islam berhijab, Lee Min Ho telah bertindak untuk tidak bersalam dengan peminat Melayu.

[Aib! Gadis Bertudung Dicabul Dengan Rela Artis KPop]

11156388_1638333219784960_2931788210149502424_n
Kredit foto dari Beautifulnara

Tindakan tersebut mendapat pujian ramai pengguna kerana sekurang-kurangnya, individu bukan Islam seperti Min Ho masih lagi peka dengan isu semasa dan menghormati agama lain.

Menurut portal hiburan Beautifulnara, walaupun beberapa peminat Melayu telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya, namun Min Ho menolaknya dengan berhemah dan baik. Nampak tak siapa lebih peka dengan batas agama Islam?


Apa-apapun, gadis-gadis Islam haruslah sedar batas agama yang perlu dipatuhi dan tak sewenang-wenangnya bersalam, memeluk apatah lagi membiarkan diri dicium sebarangan individu.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

 Rakaman Video Bintang Drama Korea, Lee Min Hoo Hadir Di NU Sentral

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori