Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Tanya Pasal Seksualiti, Tom...

PELAKON Hollywood, Tom Hardy ternyata bijak menepis soalan daripada pihak media yang boleh...

PM Umum Peruntukan Tambahan...

SEREMBAN: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM1 bilion bagi melakasanakan pelbagai projek pembangunan...

Video: Lelaki Maut, Terjun...

SEORANG lelaki maut selepas bertindak terjun dari kapal layar Carribean yang sedang merentasi...

Kes Masak Mi Segera:...

KUALA LUMPUR : Empat daripada 15 orang yang ditahan untuk siasatan berkait kegiatan...

Emas Cecah RM300,000 Lenyap Dalam Lima Minit

KUALA LUMPUR – Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 6 petang semalam ketika kedai tersebut masih beroperasi.

“Tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol, seorang membawa bawa tukul besi dan seorang lagi membawa parang.

“Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan suspek bertindak memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul dan melarikan barang kemas dari tujuh dulang barang kemas,” katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat malam.

Beliau berkata, kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah Dataran Merdeka dengan menaiki motosikal.


Zainuddin berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati empat buah motosikal jenis Yamaha 125Z yang masing-masing dinaiki lima suspek sedang menanti di luar premis itu.

“Kedai itu telah beroperasi selama 20 tahun dan ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalamnya. Terdapat juga beberapa saksi melihat kejadian itu, namun mereka tidak berani untuk membantu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api Penalti Berat 1971. – BERNAMA

https://youtu.be/w7mPmSRYRNs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori