Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Pemandu Kantoi Guna...

DI zaman yang serba canggih ini, sila fikir banyak kali sebelum melakukan perkara...

Tiada Laporan 3R Diterima...

Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum,...

Perbicaraan Kes 1MDB Najib...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun...

OKU Maut Dilanggar Komuter...

KANGAR - Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut setelah dilanggar komuter di...

Everest Bergegar, Ibu Kota Nepal Hancur Gempa 7.9 Richter

A map showing the location of an earthquake striking Nepal

KATHMANDU – Ratusan pendaki termasuk sepasukan 34 anggota tentera India yang menyertai ekspedisi pendakian gunung Everest dilaporkan terperangkap apabila gempa bumi melanda Nepal tengah hari Sabtu.

Media India melaporkan, beberapa siri tanah runtuh berlaku di sekitar gunung tertinggi di dunia itu menyebabkan Base Camp atau pangkalan hadapan di kaki banjaran Himalaya langsung lenyap ditimbusi lapisan salji tebal.

Gempa terburuk dalam tempoh 80 tahun dikesan kira-kira pukul 11.56 pagi waktu tempatan (1.56 petang waktu Malaysia) dengan kekuatan 7.9 pada skala Richter berpusat di antara ibu kota, Kathmandu dan Pokhara.

People free a man from the rubble of a destroyed building after an earthquake hit Nepal, in Kathmandu, Nepal, 25 April 2015

Pasukan tentera India akan berada di Everest sehingga Mei depan sempena ulang tahun ke-50 kejayaan pendaki pertama dari negara itu menawan puncak gunung tersebut yang bertinggian 8,850 meter dari paras laut.

Mereka selain mendaki gunung itu, turut melakukan catatan rekod dunia iaitu operasi pembersihan dengan membawa balik kira-kira 4,000 kilogram sampah-sarap yang dibuang pendaki di sepanjang laluan pendakian.

Dalam pada itu, suasana kelam-kabut menyelubungi seluruh pusat bandar Kathmandu apabila ribuan penduduk termasuk pelancong asing panik bergegas keluar dari bangunan dan membanjiri setiap kawasan lapang.


Lapangan terbang antarabangsa Tribhuvan, enam kilometer dari sini turut ditutup dan semua penerbangan keluar termasuk Kuala Lumpur hari ini dibatalkan manakala penerbangan masuk terpaksa dilencongkan ke India.

Angka kematian setakat pukul 7 petang waktu Malaysia masih lebih 200 orang, namun jumlah maut dijangka bertambah ekoran banyak bangunan ranap dan ribuan orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan.

Nepal pernah dilanda gempa terkuat dalam sejarah iaitu 15 Januari 1934 yang menyaksikan 10,600 orang terbunuh susulan gegaran sekuat 8.0 pada skala Richter dikesan 10 kilometer di selatan gunung Everest.

People stand on the runway outside the International Terminal after a earthquake hit, at Tribhuvan International Airport, Kathmandu, Nepal, April 25, 2015,

Bagaimanapun, gempa bumi kali ini dianggap lebih dahsyat apabila kesan gegaran peringkat IX itu turut dirasai jauh sehingga ke ibu negara India, New Delhi selain sebahagian besar wilayah autonomi Tibet, China.

Perdana Menteri India, Narendra Modi telah menghubungi rakan sejawatannya di Nepal, Shri Sushil Koirala untuk menawarkan bantuan kemanusiaan termasuk petugas perubatan kecemasan dan pasukan penyelamat.

Visual disiarkan stesen televisyen tempatan menunjukkan impak gempa turut meruntuhkan menara bersejarah tapak warisan dunia UNESCO, Dharahara setinggi 62 meter hancur musnah. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori