Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Agong Lawat Pusat Ramalan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Budak Lelaki Maut Terjatuh...

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah...

Ekonomi Negara Dijangka Bertambah...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan, kedudukan ekonomi negara bertambah baik...

U-Kastam Diperkenal Di Semua...

JOHOR BAHRU — U-Kastam, sistem baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), akan diperkenalkan...

Facebook, Media Sosial Utama Cari Pekerjaan

SINGAPURA – Pekerja lebih 45 tahun, apabila mencari peluang kerjaya mereka yang seterusnya, lebih menggunakan Facebook berbanding platform media sosial yang lain, menurut kajian Anugerah Randstad 2015.

Pengarah Negara bagi Singapura Randstad, Michael Smith, berkata dengan 46 peratus golongan pencari kerja di sini menggunakan media sosial untuk mencari pekerjaan, syarikat perlu mempunyai strategi tarikan media sosial yang kukuh.

Dalam kenyataan hari ini, Smith berkata Singapura mendahului Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan Jepun dari segi keyakinan tenaga kerja mereka dalam menggunakan saluran sosial untuk mencari pekerjaan.

“Media sosial dan profesional menjadi alat yang amat diperlukan syarikat untuk mendekati pekerja yang berpotensi dan memprofilkan diri mereka sebagai antara tempat kerja utama untuk bekerja,” katanya.

Kajian ke atas 7,103 pekerja turut menunjukkan Facebook lebih popular dalam kalangan mereka yang mempunyai pendidikan sarjana muda manakala pekerja dengan kelayakan yang lebih tinggi bergantung kepada LinkedIn.

Golongan pencari kerja dengan pendidikan menengah atau rendah menggunakan Google+ (44 peratus) berbanding LinkedIn (23 peratus) untuk mencari peluang pekerjaan.

Begitu juga, tujuh dalam 10 pekerja pengeluaran yang menggunakan saluran media sosial untuk mencari pekerjaan beralih kepada Facebook manakala pekerja pejabat dan pencari kerja peringkat pengurus memilih LinkedIn, katanya.


“Memastikan seiring dengan perubahan trend akan membolehkan majikan membangunkan strategi yang bersasar untuk berhubung dengan sebarang jenis pekerja yang mereka cari – sama ada pembantu pengeluaran sambilan atau ketua pegawai eksekutif yang seterusnya,” kata Smith.

Twitter dan Instagram juga semakin menjadi pilihan bagi golongan muda yang mencari pekerjaan di Singapura.

Anugerah Randstad merupakan anugerah tahunan untuk mengiktiraf majikan paling menarik di Singapura dan berdasarkan daya tarikan yang dilihat daripada 75 syarikat komersil terbesar mengikut saiz pekerja.

Kajian dalam talian secara kuantitatif itu dilaksanakan antara 8 Sept dan 23 Dis, 2014 oleh agensi penyelidikan luar bebas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori